Poster High School Musical 3 plagiat Poster Aku??!!

tiruERmmm…dalam sedang enak melayan menulis blog, aku mendapat idea untuk berkongsi lirik lagu tema High School Musical 3 Now and Never. Apalagi, mencari la aku lirik dan posternya itu. Lirk dan poster itu sudah pun aku upload di ruangan hiburan. Tetapi bila dibelek-belek beberapa kali poster itu, aku mendapati ‘typography’nya itu seperti pernah kulihat sebelum ini. Setelah diselidiki, aku mendapati style ‘typography’ itu mirip kepunyaan poster aku (lihat di atas). Susunan ‘main’ tajuk dan tulisan ‘3′ itu kelihatan menyamai tema aku. Bukan itu sahaja, bahkan sudut ‘typography’nya pun hampir sama darjah kecerunannya. Sedangkan poster ini dah lama(ebih kurang 2-3 bulan lepas) aku hasilkan dan aku sudah pun meng’upload’kan di akaun tagged dan friendster aku.

Justeru, di sini timbul persoalan, adakah idea aku sudah ditiru atau memang itu merupakan style ‘typography’(format) atau senang cerita sifirnya memang begitu? KARYA AKU SUDAH DIPLAGIAT!!!

 

ps: Aku dulu sekolah di High School Kluang..hehe

 

 

Blog…perlu ke?

computer-guy-copyAssalamualaikum w.b.t. Hari nie aku try wat blog gune wordpress nih. Sebab kat kepala otak ni rase cam best je blog nih. Tapi kalo cume reason tu jer tak boleh membuatkan aku sekuat ni untuk menulis/membuat blog. Sebab aku rasa blog nih bukan cume untuk orang lain baca je tapi hakikatnya dia boleh menjadi suatu platform untuk aku mengumpulkan semua maklumat yang aku cari dari internet dan aku wat ulasan kat sini untuk kefahaman aku…bonus kalo ada orang lain berkongsi pendapat, atau satukan kesemua link yang biasa aku bukak taruk kat sini: blog orang, website, etc. Dengan kata lain, blog nih cam buku ‘diari’ aku la….hmm banyak lagi aku nak belaja. Tengok blog orang lain yang menjadikan blog sebagai medan dakwah cam saifulislam.com.

ps: mintak cadangan dari sume pelawat…